Mayat wanita ditemukan mati selepas disyaki akibat sesak nafas selepas wayar penyaman udara terbakar di dapur rumah yangbdihuninya di Sri Petaling hari ini.Ihsan Bomba KL.

KUALA LUMPUR – Kebakaran sebuah rumah kedai di Taman Overseas Union, di sini, hari ini menyebabkan seorang wanita maut dipercayai berpunca daripada wayar pendingin hawa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Basri Sagoni berkata, siasatan  pasukan forensik Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapati tiada unsur jenayah.

“Mangsa meninggal dunia kerana sesak nafas dan terbakar kerana punca kebakaranya telah bermula dari wayar penyaman udara di dalam rumah mangsa.

Mayat wanita ditemukan mati selepas disyaki akibat sesak nafas selepas wayar penyaman udara terbakar di dapur rumah yangbdihuninya di Sri Petaling hari ini.Ihsan Bomba KL.

“Kes berkenaan telah diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Chong Lai Ping, 46, ditemukan meninggal dunia di dalam bilik rumah itu dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, kebakaran telah dipadamkan orang awam melibatkan ruangan dapur dalam rumah kedai itu. – MalaysiaGazette

Wanita maut dalam kebakaran di Taman Overseas Union