Hamzah serangan Anwar
Mohammad Agus Yusoff

KUALA LUMPUR – Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff menasihatkan pembangkang agar menghentikan serangan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan.

Menurut beliau, serangan yang beremosi itu tidak akan berhasil dan sukar untuk Langkah Sheraton berlaku lagi.

Mohammad Agus berkata, kerajaan dalam keadaan kukuh berdasarkan majoriti yang ada manakala rakyat sudah bosan dengan politik pembangkang kerana mereka dambakan kestabilan.

“Sebaliknya, jalinkanlah hubungan baik dengan kerajaan Pusat bagi membolehkan sistem federalisme berjalan lancar.

“Jika mahukan peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti, berundinglah dengan kerajaan Pusat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau memberitahu, Anwar sudah berkali-kali menyatakan kesediaan untuk berbuat demikian, namun pemimpin pembangkang perlulah datang berunding mengenai perkara tersebut.

Mohammad Agus menambah, langkah tersebut dilakukan oleh Anwar sewaktu menjadi Ketua Pembangkang di mana beliau datang berunding dengan Perdana Menteri ketika itu.

“Hasilnya termeterailah memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) pada 13 September 2021.

“Tindakan Anwar adalah contoh pembangkang yang konstruktif, ada agenda baik yang dibawa seperti transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” jelasnya.

Beliau juga masih menanti sama ada pembangkang yang diketuai Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin mempunyai agenda konstruktif seperti itu.

“Ayuh, berani dan berjiwa besarlah untuk membentuk satu kerjasama dwipartisan seperti yang dibuat oleh Anwar dahulu,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Hentikan serangan terhadap Anwar……ANWAR bukan suci pun

    RAKYAT TIDAK LUPA….ANWAR pernah adakan demontrasi jalanan
    ADAKAN KOMPLOT JATUHKAN KERAJAAN dengan dakwa 40 MP tmasuk SABAH SARAWAK era TUN ABDULLAH

    Meratib saya ada NOMBOR EKOR KEPALA utk jadi PM….era Tun M
    AGUSS YUSUF patut diangkat menteri ERA MUNAFIKUN

Comments are closed.