Isham Jalil.-ZAINAL, 12 JANUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar didakwa pernah membodek bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ingin menjadi menteri.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil mendakwa, bekas Ahli Parlimen Tanjung Karang itu juga pernah berbuat demikian ketika menjadi pengawai kepada Najib.

Isham mengulas kenyataan Noh yang mendakwa ahli UMNO yang tinggal hanyalah mereka yang mengamalkan budaya bodek.

“Semalam Noh Omar kata orang UMNO kaki bodek. Setahu saya yang kaki bodek adalah Noh Omar. Dulu seingat saya semasa dia (Noh) ingin jadi menteri, dia bodek PM Najib dan sampai saya pun dia (Noh Omar) bodek, masa itu saya bekerja di Pejabat Perdana Menteri,” katanya.

Bekas Ketua Penerangan UMNO itu berkata, Noh seolah-olah lupa jasa UMNO kepada beliau.

Menurutnya, bekas pemimpin UMNO itu menghina parti hanya kerana mahu bertanding di bawah tiket Perikatan Nasional.

“Dulu UMNO yang angkat dia (Noh) sebagai wakil rakyat sehingga jadi menteri.

“Kini hanya beberapa bulan selepas dia minta dipecat dari UMNO dia sudah mula kutuk dan caci UMNO umpama kacang lupakan kulit. Hanya kerana dia ingin bertanding pilihan raya lawan UMNO.

“Saya ingin ingatkan Tan Sri Noh Omar, UMNO banyak berjasa kepada kamu, jangan lupa itu. Salam,” kata Isham.

Media semalam melaporkan, Noh mendakwa UMNO kini hanya ditunjangi oleh kaki bodek dalam parti itu yang tewas dalam pemilihan parti.

Noh memetik nama dua ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil dan Datuk Lokman Nor Adam yang tewas dalam pemilihan bahagian parti baru-baru ini.

“Saya sayang UMNO, sejak belajar di United Kingdom (UK) dahulu kini sudah 30 tahun saya dengan UMNO namun, UMNO kini hanya tinggal kaki bodek, kalah dalam pemilihan ketua bahagian dan cawangan.

“Lokman Adam, Isham Jalil, di peringkat bahagian pun mereka tak dapat menang macam mana UMNO kata itu suara akar umbi,” katanya.

Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor itu berkata, parti itu kini sudah mula hilang bisa dan kini hanya gah pada nama.

Noh turut mengesahkan yang dia akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) atas tiket PN.

Pada 28 Jan lalu, UMNO menggantung keahlian Noh Omar dalam Umno disebabkan 16 pertuduhan dihadapinya kerana mensabotaj parti pada Pilihan Raya Umum ke-15. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Isham Jalil dan Lokman Adam – UMNO Bahagian sendiri pun tidak memerlukan mereka. Ini kerana akarumbi “AMATTAHU”.
    tahap apa BODEK MEREKA hingga UMNO Pusat DIPERDAYA?
    FAKTA:- President Wak Welanon hanya memerlukan kaki bodek dan pengampu membawa BAHAHA… buktinya Rakyat telah mengalahkan UMNO pada PRU 15.
    Isham boleh ke beritahu akarumbi UMNO camner President Wak Welanon tipu-tipu akarumbi perkahwinan #..NODAP tu berlaku? Dengar kata akarumbi suka sangat tau…..

Comments are closed.