KUANTAN – Exco Kerajaan Negeri Terengganu terlibat dalam kemalangan di Kilometer 127.7 Lebuh Raya Pantai Timur semalam.

Hanafiah Mat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai itu ketika kejadian dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu.

Hanafiah Mat

Bagaimanapun beliau tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu.

Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff, kemalangan berlaku 4.30 petang itu melibatkan kereta Range Rover Sport dan sebuah lori dan kedua-dua kenderaan itu terbalik selepas bertembung.

Berdasarkan siasatan awal, katanya, pemandu kenderaan Exco itu berada di lorong kanan semasa kejadian sebelum lori membawa buah-buahan yang berada di sebelah kiri hilang kawalan dan memasuki laluan kanan.

Pelanggaran tersebut menyebabkan kedua-dua kenderaan terbalik, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kesemua mangsa terlibat hanya mengalami luka kecil dan cedera ringan.- MalaysiaGazette