Allahyarham Ridzuan Hashim

KUALA LUMPUR – Pelakon, Ridzuan Hashim, 62, disahkan menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pagi tadi.

Berita sedih itu dimaklumkan bekas isterinya yang juga pelakon, Didie Alias menerusi laman sosial, Instagram (IG) kira-kira pukul 2.50 petang ini.

“Saya mahu beritahu pada semua sahabat yang mengenali bekas suami, Ridzuan Hashim sudah kembali ke rahmatullah.

“Pada sesiapa yang ingin melawat jenazah, arwah masih berada di HKL. Saya akan kemas kini maklumat di mana arwah akan dikebumikan.

“Saya mohon pada semua yang masih ada hutang bersama arwah boleh terus menghubungi saya dan ampunkan beliau,” katanya menerusi hantaran video di laman sosial itu.

Ridzuan dikatakan diserang sakit jantung itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan batu 16, Hulu Langat petang ini.- MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.