Muhammad Fadzli.

GEORGE TOWN – Perikatan Nasional (PN) diingatkan agar menumpukan seluruh perhatian terhadap permasalahan rakyat di kawasan mereka berbanding bermimpi merampas kerusi majoriti Melayu di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Muhammad Fadzli Roslan berkata, pemimpin PN digesa supaya mengukur baju di badan sendiri kerana dikhuatiri kawasan jajahan mereka mungkin akan dirampas calon daripada Kerajaan Perpaduan.

“PN harus membuktikan kejayaan mereka di negeri ditadbir mereka terlebih dulu sebelum memasang impian untuk menawan Pulau Pinang.

“Saya yakin, rakyat Pulau Pinang bijak dalam menilai yang mana permata dan yang mana kaca.

“Simpan cita-cita untuk menawan Pulau Pinang jika kawasan mereka sendiri pun tidak terjaga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Fadzli turut mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli Parlimen PN di negeri ini tidak menunjukkan kesungguhan dalam membantu rakyat selain lebih gemar bermain naratif politik daripada menjuarai isu rakyat.

“Kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) ketika ini banyak membantu rakyat negeri ini dalam pelbagai isu. Malah sejak 2009 sebanyak RM33.2 juta peruntukkan telah disalurkan bagi pembangunan agama Islam.

“Kerajaan negeri juga telah membina sebanyak 136,333 buah Rumah Mampu Milik sejak 2008 sehingga 2022 yang memberi banyak manfaat terhadap rakyat Pulau Pinang.

“Selain itu, pembangunan yang pesat dalam sektor perkilangan dan peluang pekerjaan yang banyak ditawarkan juga merupakan antara manfaat yang dikecapi bukan hanya kepada rakyat Pulau Pinang bahkan termasuk rakyat dari Kedah dan Kelantan yang mencari rezeki di negeri ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. JANGAN BUAT BODOH DAN LUPA …..PMX ANWAR MUNAFIK JUARA TUMBANG KERAAAN dengan demotrasi JALANAN…tubuh parti keadilan untuk susuk tubuhnya …
    GERAK KERJA utk tarik sokongan 40 mp SABAH SARAWAK era TUN ABDULLAH…sentiasa meratib TIADA KEABSAHAN dan GAGAL GAGAL
    GILA BABI dengan NOMBOR EKOR majoriti jadi PM

    DAPIGS P akatan H ancing juga meroyan tidak akan kerjasama dengan umno PERASUAH PENYAMUN….akhirnya berselingkuh dalam jubur umno…P akatan di LUAR TABIE…..

    .ANWAR dihantui dengan nombor EKOR MAJORITI yg dcipta sendiri…..kifarah golongan MUNAFIK

  2. anwar MUNAFIK ini juga menagih simpati TGHH dan PAS semasa KES LIWAT SATU DAN DUA…selepas diampunkan sanggup menghina mereka yang pernah membantunya hingga sekarang

Comments are closed.