Kon Yeow.

SEBERANG PERAI – “Mereka (pembangkang) boleh cubalah (tumbangkan Kerajaan Perpaduan), rakyat akan tolak,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Kon Yeow berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai wujud desas-desus gerakan untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Jelas beliau, Kerajaan Perpaduan dibentuk setelah mencapai persetujuan semua parti selain mengambil kira faktor Akta Lompat Parti.

“Rakyat sudah buat keputusan (menerusi Pilihan Raya Umum Ke-15) dan Kerajaan Perpaduan pun sudah dibentuk.

“Jadi orang yang cakap bukan-bukan itu mereka tak mengambil kira (apa yang termaktub) dalam Akta Lompat Parti, melainkan dia paksa untuk melakukan pilihan raya semula.

“Kalau mereka rasa (pilihan raya semula) cara terbaik tapi itu mereka rasa, rakyat rasa sebaliknya dan bagi saya mereka boleh cubalah (tumbangkan kerajaan) rakyat akan tolak,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Kon Yeow hadir sesi taklimat kepada peniaga bagi projek menaiktaraf Tapak Penjaja Lebuh Kurau 5, Taman Chai Leng di Prai, di sini.

Kon Yeow melihat pelan menaiktaraf Tapak Penjaja Lebuh Kurau 5, Taman Chai Leng.

Menurut Kon Yeow, Kerajaan Negeri memperuntukan RM5 juta untuk menaiktaraf tapak penjaja itu.

“Saya percaya projek ni dapat transformasikan pusat penjaja lebih selesa, selamat dan jadi tumpuan pengunjung nanti,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast