Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Wee Jack Seng akan dicadangkan sebagai Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang baharu.

China Press melaporkan, MCA telah membuat keputusan untuk mencadangkan Jack Seng untuk jawatan itu.

Sekiranya dimuktamadkan, Jack Seng juga merupakan wakil pertama dari MCA yang menerima jawatan berkaitan kerajaan dalam Kerajaan Perpaduan.

Jack Seng merupakan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi dalam Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini.

Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir merupakan pengerusi semasa KTMB. – MalaysiaGazette