Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Perak di Kolej Komuniti Kemahiran Tinggi Mara hari ini.

LENGGONG – Dakwaan mengatakan bahawa UMNO akan melancarkan ‘Kempen Sayangi DAP’ seperti tular di media sosial adalah satu fitnah, tegas Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menyifatkan dakwaan yang ditularkan melalui aplikasi WhatsApp sejak beberapa hari lepas itu sebagai taktik kotor pembangkang.

“Siapa yang buat fitnah, yang buat kerja tak tentu hala tu hentikanlah, zaman sekarang orang boleh baca, mana betul, mana fitnah. Jadi saya minta yang buat fitnah tu bertaubatlah,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Perak di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Lenggong di sini, hari ini.

Terdahulu tular satu poster digital yang memaklumkan kononnya Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri akan melancarkan Kempen UMNO Sayangi DAP, di samping turut menyenaraikan lima objektif kempen itu, antaranya bagi meyakinkan akar umbi UMNO bahawa DAP bukanlah seburuk yang digambarkan.- BERNAMA

1 Komen

  1. Wak Welanon tak sayang DAP ke?
    Kata dah cëom molot…
    Mat Hasan dah warning, UMNO TELAH MENUMPANG kasih sayang YANG SEJATI hingga di kutip walau berkurap.
    Wak Welanon jangan mengigau…. Hisham, Lokman, Puad, Anwar, Saifuddin, Rafizi, RAMASAMY, Lim Kit Siang, Mat Sabu, Khalid, Mahfuz dan Wak Welanon sendiri tiada BUKTI membenci DAP.
    pe cer
    sembang kuat
    putar pun ligat.
    Wak Welanon tak perlu BERTAUBAT ke?

Comments are closed.