Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Kerajaan Perpaduaan di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 07 MEI 2023.

KUALA LUMPUR – Kepimpinan pusat akan menyerahkan kepada kepimpinan negeri untuk memilih calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kepimpinan Kerajaan Perpaduan menerima siapa sahaja yang dicalonkan sama ada dari UMNO mahupun Pakatan Harapan dan ia bukan isu yang boleh dipertikai.

Bagaimanapun katanya, untuk menjadikan ia kemas senarai nama itu perlu dihantar kepada pimpinan pusat.

“Ia diterima macam negeri dipimpin UMNO, kita terima beberapa negeri lain dipimpin kompone PH.

“Kita terima, saya ingat itu bukan isu dipertikai, tapi saya serah kepada kebijaksanaan pimpinan di negeri harus mulakan secara Lebih kemas dan kemuka kepada pimpinan pusat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Utama Sekretariat Kerajaan Perpaduan di sini, hari ini.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pembahagian kerusi dalam Kerajaan Perpaduan bagi mendepani PRN di enam negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.

Dalam pada itu Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, tiada gambaran mahupun istilah mewajahi sesiapa di dalam Kerajaan Perpaduan namun, berkenaan pembahagian kerusi ia akan diputuskan dalam masa terdekat. – MalaysiaGazette