Beego, Linda dan anak-anak.

KUALA LUMPUR – Pasangan pelakon Beego dan isterinya iaitu Linda Hashim mengambil keputusan untuk rujuk semula selepas bercerai selama dua minggu.

Pasangan berkenaan difahamkan bercerai pada 27 Mac lalu, namun kedua-duanya kembali rujuk semula ketika masih dalam edah.

Beego dan Linda dilihat telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak mereka.

Kedua-duanya juga dilihat berkongsi foto bangunan Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) dalam Facebook mereka dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut yang mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan.

Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8, dan Indah Camelia, 4.

Media sebelum ini melaporkan seorang pelakon wanita turut berdepan masalah rumah tangga dan secara diam-diam hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 18 April lalu bagi menyelesaikan masalah rumah tangga dengan suaminya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast