V. Sivakumar

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar hari ini mengesahkan  lima pegawainya yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah ditamatkan kontrak.

Untuk makluman, sebelum ini, MalaysiaGazette melalui sumber telah melaporkan seramai lima pegawai kanan kementerian itu telah dipecat dan seorang daripadanya telah ditukarkan ke jabatan lain.

Hari ini, Sivakumar mengesahkan pemecatan lima pegawai yang ada kaitan dengan dakwaan skandal rasuah membabitkan pengambilan pekerja asing itu.

Jelasnya, pemecatan itu juga untuk  memastikan kementerian dapat berfungsi dengan lancar.

“Pemecatan itu memang ada kerana kita nak pastikan bahawa kementerian dapat berfungsi dengan lancar dan baik,” katanya.

Ahli Parlimen Batu Gajah daripada DAP itu bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya pihak mana yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan supaya kelima-lima pegawainya dipecat.

Sumber MalaysiaGazette sebelum ini mendakwa, ketika mesyuarat Kabinet minggu lepas satu keputusan drastik diambil untuk memecat beberapa pegawai kanan kepada Sivakumar.

Seramai lima pegawai itu dipecat dari KSM manakala seorang lagi dipercayai penjawat awam pula ditukarkan ke jabatan lain serta-merta.

Sebelum ini, Sivakumar pernah bertindak menggantung tiga pegawai kanan termasuk setiausaha sulit kanan dan seorang pegawai tugas-tugas khas yang ditahan SPRM berhubung siasatan rasuah terhadap kelulusan pekerja asing. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Lima pegawai kanan Sivakumar dipecat, seorang ditukar jabatan?

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. TERLIBAT RASUAH
    Kenapa seorang itu ditukar ke tempat lain?
    Laluilah dengan proses Undang-undang ke Mahkamah jika Salah dakwa jika tiada bersalah teruskan perkhidmatan.
    Lelain orang lelain tindakan..
    bahayanya kerajaan PERBANDUAN

Comments are closed.