veteran tentera
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan bergambar kenangan bersama sebahagian veteran pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PVATM Negeri Sembilan di Rantau, Seremban. Foto MUHD NA’IM, 13 MEI 2023.

SEREMBAN – Pegawai, anggota serta veteran tentera yang bakal mengundi pada pilihan raya di enam negeri kelak diharap memberi sokongan kepada parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, selaku penjawat awam, pegawai dan anggota tentera dinasihatkan supaya terus menyokong kerajaan sedia ada.

“Saya bermati-matian membela dan mengurus mereka, berilah saya muka,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) di Dewan Orang Ramai Kampung Kanchung, Rantau di sini, hari ini.

Turut hadir, Panglima Markas Briged Pertama Infantri, Brigadier Jeneral Mohamad Noorlizam Shamsuddin dan Yang Dipertua PVATM Negeri Sembilan, Adnan Ahmad.

Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu bakal mengadakan pilihan raya negeri (PRN) dalam masa beberapa bulan lagi.

Buat julung-julung kali, BN akan bergandingan dengan Pakatan Harapan (PH) dalam enam PRN tersebut dalam pertembungan dengan Perikatan Nasional (PN).

Terdahulu, dalam ucapannya, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO menasihatkan veteran tentera agar tidak termakan dengan hasutan pihak yang mempunyai agenda tertentu terhadap kerajaan.

Beliau berkata, pihak terbabit hanya memperalatkan veteran tentera untuk kepentingan sendiri walhal tiada apa yang dilakukan semasa mereka masih berkhidmat dahulu.

“Kenapa tak kemukakan dahulu semasa berkhidmat? Dah keluar baru cakap.

“Jangan pakai cakap sahaja, buat tuduhan yang melulu,” katanya.

Mohamad menyifatkan tindakan itu cuma gimik politik yang digunakan demi kepentingan mereka dan bukannya benar-benar bagi membela kebajikan veteran tentera. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Mat Hasan ni mabok KETOM ke?
    cakap macam good good je siap suruh orang undi dia. ungkit-ungkit konon dia sampai nak mati bela veteran tentera.
    macam President Wak Welanon siap SUMPAH tu… pun dipusingnya apa CER..
    BARU 6 bukan lepas kata ANWAR IBRAHIM tu kaki KENCING. PH pembela Cina… kau sendiri ucap.
    kalau ANWAR kaki KENCING
    kau tu bukan KENCING je tapi full pakej BERAK rakyat.
    goodbye Zahid Hamidi

Comments are closed.