Saifuddin Nasution Ismail

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) akan berusaha menukar slogan ‘lawan tetap lawan’ kepada ‘dulu lawan, sekarang kawan’.

Itu seloroh Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Saya tertarik dengan kata-kata Datuk Seri Wee Ka Siong yang mana berkata ‘dulu lawan, sekarang kawan’. Kami dalam reformasi ada juga slogan begitu, lawan tetap lawan.

“Saya bimbang jadi sekarang kena tukar. Sekarang kita tukar ‘dulu lawan sekarang kawan, kena tambah yang itu,” katanya dalam ucapan sesi Bicara Rakyat dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Kenyataan Saifuddin itu merujuk kepada kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong yang berkata, kerajaan perlu mengutamakan rakyat dengan bersifat resposif, progresif, inklusif dan mendengar suara rakyat.

Ka Siong berkata, dalam mengorak langkah ke hadapan, kerajaan perlu mengutamakan rakyat, mendengar denyut nadi mereka dan merapatkan saf demi kestabilan politik.

Slogan ‘lawan tetap lawan’ mula digunakan PKR terutamanya Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkonsepkan melawan ‘musuh’ politik dan bukan sesama rakan dalam wadah perjuangan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast