Siti Nurhaliza turut menyanyikan lagu baharu berjudul Sehebat Matahari pada Konsert Satu Suara.

KUALA LUMPUR – Lebih 4,000 penonton hadir menyaksikan Konsert Satu Suara Datuk Seri Nurhaliza Vol. 3 di Mega Star Arena, Sungei Wang, Kuala Lumpur malam tadi.

Istimewanya semasa konsert tersebut, Siti turut menyanyikan sebuah lagu yang akan dimuatkan dalam album baharunya khas buat peminat.

Lagu berjudul Sehebat Matahari ditulis oleh Rozie Sang Dewi dan komposerrnya adalah Aubrey Suwito.

Malah album baharu Siti juga dikatakan bakal dilancarkan pada tahun ini dengan kerjasama bersama komposer muda.

Konsert yang dianjurkan bersama Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd (SNP) itu turut menampilkan gandingan dua penyanyi dari era berbeza iaitu Jay Jay iaitu artis popular era 70-an dan Ernie Zakri (2000-an).

Malah konsert berkenaan juga merupakan satu usaha bagi mendapatkan dana untuk meneruskan kerja kebajikan Yayasan Nurjiwa milik Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 44, dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Seperti yang dijanjikankan, Konsert Satu Suara Vol. 3 itu menampilkan beberapa buah lagu popular nyanyian Siti termasuk Siti Situ Sana Sini dan Kesilapanku Keegoaanmu.

Selain persembahan solo, Siti turut menyanyi bersama Jay Jay dan Ernie menerusi lagu Kita Insan Biasa, Gundah, Ku Bersuara, Joget Angan Tak Sudah.

Trio hebat ini juga turut menghiburkan penonton menerusi seleksi lagu raya iaituHari Raya Bahagia dan Sesuci Lebaran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast