KUALA LUMPUR – Legenda sepak takraw negara, Adnan Saidin menghembuskan nafas terakhirnya pagi ini pada usia 66 tahun.
Berita sedih itu dimaklumkan di Facebook miliknya hari ini.
“Dimaklumkan bahawa Adnan Bin Saidin telah kembali ke rahmatullah pada jam 06.00pg 15 Mei 2023 bersamaan 25 Syawal 1444h.
Difahamkan, bekas pemain sepak takraw negara itu dimasukkan ke Pusat Perubatan Kedah (KMC), Alor Setar, Kedah sejak minggu lalu akibat jangkitan kuman pada paru-parunya sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah.
Adnan yang mewakili negara dari tahun 1980 hingga 1986, terkenal dengan libas pari di posisi apit kiri, dan kerap digandingkan dengan Shukri Ismail (apit kanan atau pengumpan) dan Azman Ismail (tekong).
Bersama Kedah, mereka juga pernah menjulang Piala Emas Khir Johari dalam Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan pada edisi 1981, 1985, 1986 dan 1987.