KUALA LUMPUR – Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO (MUU), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menafikan berita palsu yang tular dalam Facebook bahawa beliau akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal.
Bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus itu juga kesal dengan penyebaran poster palsu yang mengaitkan beliau sebagai calon Barisan Nasional (BN) di kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu.
“Perlu diperingatkan bahawa mencipta dan mereka-reka cerita palsu adalah perlakuan dosa dalam Islam dan salah dari sudut undang-undang negara.
“Ia tidak wajar dilakukan oleh seorang ahli politik apatah lagi seorang Muslim,” katanya dalam hantaran Facebook, malam tadi.
Poster yang tular melalui kumpulan Facebook ‘Isu Politik Terkini’ itu mendakwa kononnya bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abdul Rahman menyokong jika Mohd Khairuddin dicalonkan di kerusi DUN Bukit Tunggal.
Sementara itu, Ahmad Razif yang juga ADUN Seberang Takir dalam satu kenyataan mengesahkan akaun Facebook yang dikaitkan dengan beliau adalah palsu dan kenyataan yang disiarkan tiada kaitan dengannya.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus percaya propaganda murahan seperti itu dilakukan pihak tidak bertanggungjawab yang mempunyai niat jahat dan mulai takut dengan kesedaran rakyat untuk kembali kepada BN pada PRN Terengganu tidak lama lagi.
“Taktik politik murahan sebagaimana yang disebarkan melalui akaun Facebook palsu tersebut adalah memalukan di saat demokrasi harus disegarkan dengan politik matang dan harmoni.
“Sehubungan itu, saya mengharapkan agar akhlak politik jijik ini mesti segera dihentikan dan saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan atau melaporkan kepada pihak berkenaan mengenai perkara ini,” jelasnya.
Ahmad Razif berharap, rakyat dan netizen agar lebih berhati-hati dengan propaganda sedemikian dengan mendapatkan maklumat sebenar sebelum memberikan reaksi atau menyalin akaun palsu tersebut untuk disebarkan.
“Marilah kita menjauhkan diri daripada politik fitnah, murahan dan berniat jahat seperti itu kerana ia itu bukanlah amalan yang selari dengan demokrasi sebenarnya,” katanya. – MalaysiaGazette
Udin oi…
jika palsu itu bawa dosa tapi jika benar ko bertanding disitu camner? atau ko bagi alasan ini sudah ditentukan Allah dan Dosa tu ko nak kalih mana?
baik ko cerita mengaku yang SEBENAR dimana bertanding! ustaz ko tak ajar ke sesuatu DOSA itu kerana DIRI KAU maka KAU membiarkan DOSA itu terus berlaku, apa hukuman ALLAH?
udin udin…..