NORAINI AHMAD

KUALA LUMPUR – Ahli UMNO tidak akan keluar daripada parti hanya kerana DAP masuk ke Dewan Merdeka semasa Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan Ahad lalu.

Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, parti itu mempunyai kekuatan sendiri.

“Insha-Allah macam saya cakap masing-masing penuh pengalaman, ada kekuatan masing-masing.

“Kita perlu kekuatan masing-masing untuk bersama dan untuk terus kehadapan. Insya-Allah (ahli) tidak (ahli keluar).

“Sebab kena guna kekuatan. UMNO ada kekuatan sendiri, PH, GPS ada kekuatan sendiri. Jangan tengok negatif, kena bergerak ke hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bahawa lebih ramai ahli UMNO akan menolak parti itu.

Ini selepas Dewan Merdeka yang menjadi lokasi himpunan keramat orang Melayu dimasuki pemimpin dan ahli DAP Ahad lalu.

Noraini menegaskan. pelaksanaan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan perlu dilihat secara positif iaitu untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil.

“Kena lihat secara positif, sebab kita bentuk satu kerajaan yang lebih stabil iaitu Kerajaan Perpaduan.

Lead dia Pakatan Harapan kemudian BN, Sabah dan Sarawak (semua) ada 148 (kerusi parlimen),” tegas Noraini yang juga Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah.

Beliau ditemui pada majlis sambutan hari raya Risda, di sini, hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang.

Dalam kenyataan baru-baru ini, Annuar menjangkakan UMNO akan tewas pada enam pilihan raya negeri yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Kehadiran puak sosialis, liberalis DAP ke PWTC hari ini akan mendorong jutaan rakyat, termasuk ahli UMNO akan terus meninggalkan UMNO.

“Dan UMNO bakal ditolak rakyat dalam PRN dan PRU akan datang. Insya-Allah,” kata Annuar di Facebook beliau.

Veteran DAP, Lim Kit Siang dan anaknya yang merupakan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng antara pemimpin parti itu yang hadir dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang berlangsung Ahad lalu.

Buat pertama kali pemimpin DAP melalui Setiausaha Agungnya, Anthony Loke dan Timbalan Pengerusi Gobind Singh Deo berucap di Dewan Merdeka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. boleh percaya ke? dah byk kali berlaku ugut mengugut, tarik sokongan sebelum ni..rakya tk akan tertipu lagi

Comments are closed.