Muhammad Salah

KUALA LUMPUR – Ulama terkenal dari Amerika Syarikat, Dr. Muhammad Salah memuji syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) kerana menyediakan ruang bersolat di dalam kapal terbang.

Muhammad Salah berkata, beliau sebelum bertanya kepada salah seorang pramugari yang bertugas sama ada dia boleh menunaikan solat di ruang tempat menyediakan makanan.

Petugas terbabit kemudiannya membimbing penasihat agama salah satu saluran Islam terkemuka di Amerika TV, Satelit Huda itu untuk bersolat di ruangan khusus yang tertutup.

“Oleh kerana penerbangan terlalu lama saya terpaksa solat dua kali dalam pesawat sebelum matahari terbenam. Selepas saya berwuduk, saya terfikir untuk bertanya kepada pramugari jika mereka membenarkan saya menunaikan solat di ruang tempat menghidangkan makanan bukannya sembahyang di tempat duduk.

“Sambutannya sungguh menggembirakan. Mereka membimbing saya ke kawasan yang ditetapkan solat yang cukup untuk seorang pada satu masa dengan tirai untuk privasi. Bukan itu sahaja, mereka juga membantu saya dalam hal arah kiblat,” katanya.

Beliau berkongsi pengalaman tersebut di Facebook beliau semalam yang telah mendapat lebih 5,000 suka dan lebih 1,000 love.

Muhammad Salah yang mempunyai 1.3 juta pengikut di Facebook berkata, kemudahan yang diberikan membolehkannya menunaikan tanggungjawab dengan tenang.

“Saya dapat menunaikan solat dengan tenang, berdiri dan menghadap kiblat kanan. Sesungguhnya, terima kasih Malaysia dan terima kasih Malaysia Airlines,” katanya.

Rata-rata pengikut beliau yang pernah datang ke Malaysia atau melihat mereka di luar negara terutama ketika musim haji turut memuji tingkah laku terpuji rakyat Malaysia.

“Anda betul budaya dan mentaliti Malaysia masya-Allah menakjubkan, saya mempunyai 100 peratus pengalaman yang baik dengan tingkah laku, kelembutan, budi pekerti mereka. Perkhidmatan di dalam dan di luar lapangan terbang. Kuala Lumpur adalah bandar yang menakjubkan, saya boleh katakan mungkin bandar terbaik yang pernah saya lawati!” kata Jafar Vandenberghe.

“Belajar sunnah dan akhlak yang baik dari rakyat Malaysia. Anda lihat di negara mereka dan semasa haji. Masya-Allah,” komen Yasmin Khan.

Melalui perkongsian di Facebbok Muhammad Salah tiba di Malaysia semalam.- MalaysiaGazette