Harapan mencurah-curah di republik ini untuk Malaysia meneruskan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura dalam masa 90 minit apabila Malaysia berada di landasannya dari segi kewangan.
Pameran Projek keretapi laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR)

KUALA LUMPUR- Anak syarikat Berjaya Corporation Bhd., Berjaya Land berminat untuk menceburi segmen keretapi dengan menubuhkan sebuah syarikat yang dinamakan Berjaya Rail Sdn. Bhd.

Berjaya Landa dalam kenyataannya berkata, anak syarikat terbaharunya itu akan memfokuskan kepada projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR).

Katanya, ia akan terbabit dalam proses permintaan maklumat yang dilaksanakan oleh MyHSR Corp Sdn Bhd, syarikat di bawah Kementerian Kewangan.

“Berjaya Rail akan menjalankan perniagaan yang membabitkan pembinaan kereta api dan kereta api bawah tanah, reka bentuk, pembekalan dan pemasangan sistem kereta api, pembangunan hartanah berorientasikan transit (TOD), perkhidmatan perundingan dan latihan untuk penyelesaian teknikal yang berkaitan,” katanya.

Dalam kenyataan yang sama, ia turut mengumumkan pelantikan Farizul Baharom sebagai Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Rail.

Katanya, Farizul mempunyai pengalaman luas termasuk pernah menjadi Penasihat Khas kepada Menteri Pengangkutan dan Ketua Pejabat Pengurusan Projek untuk LRT3 di Prasarana Malaysia Bhd.

Beliau juga pernah menjawat jawatan Ketua Undang-undang & Ketua Rel Rentas Sempadan bagi HSR dan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura (RTS) di bawah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebelum ini menyatakan pihaknya sedang meneliti kertas cadangan projek pelaksanaan semula HSR Kuala Lumpur-Singapura, membabitkan pelaburan swasta.

Beliau berkata, beberapa syarikat swasta menyatakan minat melaksanakan semula projek HSR dengan kementerian kini masih di peringkat maklum balas berikutan ada beberapa syarikat swasta tampil menyatakan minat melaksanakan projek mega itu.

Namun, katanya kementerian akan meneliti terlebih dahulu model pelaksanaan dan pembiayaan yang mahu diguna pakai syarikat swasta berminat dalam membangunkan HSR.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast