Elon Musk. foto X

TEXAS- Ketua Eksekutif Tesla, Elon Musk memberi amaran keadaan ekonomi global dijangka sukar dalam tempoh 12 bulan akan datang dan pengeluar kereta elektrik tidak terkecuali terkena tempiasnya.

Dalam satu mesyuarat tahunan pemegang saham di Austin, pada Selasa, Musk bercakap mengenai permintaan kereta dan keperluan untuk membuat lebih banyak wang berbanding pesaing mereka semasa keadaan ekonomi perlahan.

Tambahnya, beliau akan mengendalikan audit pihak ketiga di lombong kobalt yang membekalkan Tesla dengan bahan utama pembuatan bateri.

Sebagai tanda menunjukkan waktu sukar untuk Tesla, peneraju pasaran kereta elektrik itu akan cuba mengiklankan kereta mereka.

Ini merupakan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh syarikat berkenaan.

“Tesla tidak kebal terhadap persekitaran ekonomi global. Saya menjangkakan keadaan makroekonomi akan menjadi sukar sekurang-kurangnya dalam tempoh 12 bulan akan datang,” kata bilionair itu.

Dalam mesyuarat itu, para pemegang saham mengundi untuk melantik pengasas bersama dan bekas ketua pegawai teknologi, JB Straudel sebagai ahli lembaga pengarah.- Agensi

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast