Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) dan paderinya, Jerry A. Dusing bertindak menarik balik semakan kehakiman penggunaan kalimah Allah yang difailkan pada sekitar Disember 2007.

Tindakan ini dipercayai selepas kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah itu.

Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan mengesahkan perkara itu  kepada media hari ini.

Gereja SIB dan Jerry memfailkan semakan kehakiman terhadap KDN dan kerajaan berhubung hak mereka untuk menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada Tuhan dalam penerbitan keagamaan mereka.

Mereka telah memohon diisytiharkan mempunyai hak di sisi undang-undang untuk menggunakan kalimah Allah dalam injil Kristian terjemahan bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia dan dalam semua penerbitan dan bahan keagamaan mereka.

Selain itu, SIB dan paderi itu mencabar tindakan Jabatan Kastam merampas buku yang dibawa masuk dari Surabaya, Indonesia, di Terminal Penerbangan Tambang Rendah di Sepang pada 15 Ogos, 2007.

Buku itu kemudian dikembalikan kepada gereja itu pada 25 Januari 2008.

Pada 18 April lalu, KDN dan Kerajaan Malaysia menarik balik rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka.

Untuk makluman pada 5 Mei 2014, Mahkamah Tinggi menolak permohonan SIB untuk mendapatkan semakan kehakiman bagi mencabar perintah KDN yang melarang pengimportan buku Kristian mengandungi kalimah ‘Allah’.

Namun pada 1 Oktober 2014, Mahkamah Rayuan memberi kebenaran kepada gereja itu untuk memulakan semakan kehakiman itu selepas membenarkan rayuan gereja dan Jerry. -MalayaGazette

9 Komen

  1. Kalau lah wakil gereja ada membaca komen ini, boleh tak jawab kenapa perlu translate istilah God the Father dr bahasa Inggeris Bible menjadi Allah? Kamus Dewan Bahasa edisi berapa yang kamu pakai? Atau hanya bersandar kepada kitab injil translasi dari Indonesia?

  2. Kamu tidak ada identiti sendiri.Kenapa mesti menggunakan istilah arab untuk dijadikan kata ganti kepada tuhan bapa.Terus saja gunakan bahasa malaysia,god the father kepada tuhan bapa.,lagi senang faham atau kamu ada agenda tersembunyi

  3. kitab bibje kamu dalam bahasa malaysia,guna saja kata ganti *god the father*sebagai ‘tuhan bapa’.Kenapa mesti guna perkataan “arab”.Ataupun guna bahasa greek,kan lebih padan,kenapa banasa arab?????

  4. Ada baiknya English di jadikan sebagai bahasa kebangsaan. Saya di ajar dlm bahasa Malaysia dan walaupun di ancam bunuh sy tetap berdoa dlm nama Allah.

  5. kalimah Allah hanya boleh digunakan untuk umat Islam sahaja kerana Allah merujuk kepada yang satu.. jadi selain dari agama Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah..kerana tuhan kamu sembah lebih dari satu faham..

  6. Tiada identiti sampai menggunakan nama Allah..ratusan tahun kamu panggil God the Father tiba2 tukar ke Allah pula. Semasa perlantikan tuhan pd tahun 325 di Conseni Nizea nama Allah tidak pun disebutkan. Itulah, Jesus/Isa mengajarkan begitu malah kamu disesatkan si Paul begini dan begini

  7. Ugama Islam mereka benci, dgr Azan tak Suka tiba2 nak guna Nama Allah dlm bible.. kenapa dan ape motif mereka kalau tak lain untuk mengembangkan ugama mereka di kalangan budak2 muda Islam kan. Ade kah perkataan Allah disebut dlm bible di serata dunia contoh di Vatican Rome.

  8. Keristian wujud pada Tahun 1.
    islam wujud pada Tahun 500.
    keristian yg pertama guna istilah Allah.

Comments are closed.