Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Perang mulut antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum reda.

Terbaharu, Mahathir ‘menyerang’ Anwar dengan membangkitkan isu bahawa Perdana Menteri itu tidak mengisytiharkan hartanya pada 2018.

“According to MACC asset declaration of Nov 24, 2018 (Berdasarkan kepada laporan SPRM mengenai pengisytiharan harta pada November 2018) di antara yang tidak declare income atau asset ialah PKR President – elect Anwar Ibrahim.

“Anwar Ibrahim boleh jelas benar atau tidak kenyataan ini,” tulis Mahathir di Twitter, hari ini.

Mahathir berkata demikian dengan memetik laporan media pada 23 November 2018 yang melaporkan beliau membuat pengisytiharan harta sebanyak RM32.35 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Laporan tersebut menyebut antara pemimpin PH ketika itu yang belum membuat pengisytiharan harta adalan Anwar, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal dan (bekas) Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Shaharuddin Md Salleh.

Isnin lalu, Mahathir menggesa agar Anwar mengemukakan bukti terhadap kenyataan yang mendakwa beliau menggunakan kuasa untuk memewahkan diri dan keluarga.

Dr Mahathir sekali lagi mengulangi pendirian tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengisytihar harta kerana tegasnya, tiada perkara yang perlu disorokkan.

Ia ekoran Anwar pada 6 Mei lalu mencabar bekas pemimpin dan pemimpin yang mendapat keuntungan ketika era pemerintahan mereka untuk berkongsi kekayaan dengan orang Melayu yang lain.

Jelas bekas Perdana Menteri itu, sekiranya Anwar gagal mengemukakan bukti, beliau akan mengambil tindakan mahkamah.

“Saya telah ambil tindakan mahkamah dan sehingga hari ini dia (Anwar) tidak pernah tunjuk bukti selain ke sana ke mari buat tuduhan terhadap saya.

“Sebaliknya, dia minta saya tunjuk bukti harta saya. Dia yang tuduh saya dan dia minta saya pula tunjuk bukti,” ujarnya merujuk kepada saman yang dikemukakan terhadap Anwar.

Pada 13 Mei lalu, Anwar berkata, beliau tidak mempunyai masalah untuk menyambut cabaran Mahathir berkait isu pengisytiharan harta dimilikinya sepanjang menjadi Timbalan Perdana Menteri antara 1993 hingga 1998.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut menegaskan, beliau sememangnya sudah pun mengisytiharkan harta secara terbuka dan maklumat itu diketahui umum, berbanding bekas mentornya itu yang didakwanya belum pernah berbuat demikian. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Ahhh..ahh.ahhh.ahh?

    Tahniah Atok bercakap berdasarkan fakta! Ramai juga tertunggu2 6 kotak bukti yang dilaungkan buat sekian lama?

  2. tunggu lah kes masok mahkamah dulu, nanti keluar lah bukti2 tu. biar saka tua tu mereput bersama kroni & kaum kerabatnya.

Comments are closed.