Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR- Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengajak Pengerusi Perikatan Nasional untuk bersama-sama turun membuktikan kekuatan masing-masing siapa yang mempunyai sokongan besar dan lebih diterima rakyat dalam pilihan raya di enam negeri  tidak lama lagi.

Pengerusi Barisan Nasional itu mengucapkan selamat maju jaya kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu selepas Ahli Parlimen Pagoh itu yakin gabungan PN mampu meraih sokongan 70 peratus undi terutama pengundi Melayu di enam negeri yang bakal mengundi.

“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan gabungan parti beliau.

“Marilah kita bersama-sama membuktikan pada keputusan PRN di enam negeri nanti
siapakah yang lebih diterima rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keyakinan tinggi Muhyiddin bahawa PN yang terdiri daripada Bersatu, Pas dan Gerakan berada di hadapan dari segi popular dan ketika ini.

Ditanya mengenai status pembahagian kerusi bertanding menjelang PRN itu, Ahmad Zahid menegaskan perbincangan parti mengenai pembahagian kerusi yang bertanding sudah berada di peringkat akhir sebelum satu keputusan muktamad dibuat.

“Ia akan dimuktamadkan (pembahagian kerusi bertanding DUN) dalam masa terdekat,” katanya.

Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sekali lagi mengulangi keputusan  bahawa Majlis Tertinggi BN sudah menetapkan BN bertanding guna logo sendiri pada PRN kali ini. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. ZAHID ZAHID… menang MP majority pun banyak lagi bulu ketiak ada angan-angan cabar orang. Negeri Perak tu dah bergegar-gegar. akarumbi nasihat Wak Welanon screws bebetul.
    oh ya rupanya penyokong Bossku tidak tidak suka Wak.. camner tu!!
    goodbye Zahid Hamidi

Comments are closed.