Kon Yeow kongsikan gambar pertemuan beliau dengan Muhammad Hawari di pejabatnya di Komtar baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedia menghulurkan bantuan kepada keluarga Pendaki Negara Orang kelainan upaya (OKU) pendengaran Muhammad Hawari Hashim yang hilang di Gunung Everest.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya berharap Kakitangan Muzium Pulau Pinang itu berjaya ditemui dalam keadaan selamat.

“Kita (kerajaan negeri) berdukacita dengan berita kehilangan Muhammad Hawari dan ketika ini semua pihak sedang menunggu maklumat lanjut berhubung misi pencarian mangsa.

“Sehubungan itu, kita juga bersedia menghulurkan bantuan berkaitan kepada keluarga Muhammad Hawari,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Keluarga harap Hawari akan pulang dengan selamat

Muhammad Hawari, 33, dilaporkan hilang selepas turun dari puncak Everest dan berehat di kem empat pagi kelmarin selepas berjaya menakluk punca Everest petang Khamis lalu.

Berita kehilangan Muhammad Hawari turut dilaporkan media tempatan Nepal, The Himalayan Times.

Mangsa merupakan kumpulan sama yang menyertai Malaysia Everest 2023 bersama Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Kedah, Lot Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub yang dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh ketika misi menakluk Everest pada ketinggian 8000 meter. – MalaysiaGazette