KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$114.7 bilion pada 15 Mei 2023 berbanding AS$114.4 bilion pada 28 April lalu.
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.9 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, kata Bank Pusat itu.
Menurutnya, komponen utama rizab itu ialah matawang asing (AS$102.1 bilion), kedudukan rizab Dana Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (AS$5.8 bilion), emas (AS$2.5 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.9 bilion) – MalaysiaGazette