Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang disyaki pemilik akaun Facebook Bunga Matahari ditahan di Gombak semalam kerana memuat naik gambar menunjukkan tanda tatu kalimah Allah di badan seorang wanita Cina.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit dan sekeping sim kad.

Wanita berusia 46 tahun itu kemudiannya direman tiga hari bermula hari ini sehingga 26 Mei 2023.

“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- MalaysiaGazette