Seorang penunggang basikal menunggang semasa hujan, di New Delhi. foto PTI

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya enam penerbangan dilencongkan dari New Delhi ke lapangan terbang lain ketika hujan lebat melanda ibu negara ini berserta ribut petir pada pagi Sabtu.

Jabatan Meteorologi India (IMD) berkata, keadaan hujan yang sama dijangka berlaku di New Delhi dalam tempoh dua hingga tiga hari akan datang dan tiada gelombang haba diramalkan sehingga 30 Mei.

IMD juga berkata, New Delhi mencatatkan suhu minimum 19.3 darjah Celsius pada hari Sabtu, iaitu 7 darjah Celsius di bawah normal.

Ibu negara ini menerima 16 milimeter hujan sehingga 8:30 pagi waktu tempatan.

Sumber di lapangan terbang New Delhi dipetik sebagai berkata, sebanyak enam penerbangan dilencongkan akibat hujan lebat, termasuk empat penerbangan yang dilencongkan ke Jaipur. – Agensi