Yahya ( tengah ) berjaya menewaskan Naib Ketua Pemuda UMNO, Mohd. Hairi Mad Shah buat kali kedua dalam Pemilihan Semula Jawatan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Naib Ketua Pemuda UMNO, Mohd. Hairi Mad Shah akur dan menerima keputusan kekalahan dalam pemilihan semula jawatan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru dengan hati yang terbuka

Jelasnya, kalah atau menang merupakan perkara biasa dalam pertandingan namun yang lebih penting calon yang dipilih  dapat menjalankan tanggungjawab sebaik-baiknya untuk rakyat.

“Saya kalah tetapi tidaklah begitu besar tetapi ini adalah adat pertandingan kita perlu terima dan saya sentiasa menerima secara terbuka dan inilah sistem demokrasi yang kita mahu dan sistem demokrasi yang rakyat mahukan.

“Siapa kalah tetap kalah dan yang menang tetap menang, jadi saya harap semua perwakilan yang menyokong saya terus menyokong saya.

“Kepada yang menang ambil balik kepimpinan UMNO Johor Bahru yang ditanggung Tan Sri Shahrir yang banyak jasanya kepada orang Melayu yang duduk di bandar ini,” katanya kepada media selepas pemilihan semula jawatan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru di sini hari ini.

Dalam pemilihan semula itu,  Mohd. Hairi tewas dengan 32 undi selepas mengutip 260 undi manakala pencabarnya iaitu bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor, Datuk Yahya Jaafar memperoleh 292 undi.

Mohd. Hairi yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata, beliau tidak terkesan dengan kekalahan itu.

“Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua perwakilan yang menyokong saya dan akan sentiasa bersama dengan rakyat di Johor Bahru.

“Saya sedar saya ada tanggungan yang lebih besar (MKT dan Naib Ketua pemuda UMNO), namun saya akan terus membawa suara pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin,” katanya.

Mohd. Hairi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri turut meminta Yahya merapatkan balik saf kepimpinan UMNO bahagian Johor Bahru yang dipikul Shahrir sejak hampir 40 tahun yang lalu.

Dalam pada itu, Yahya yang juga Ahli Majlis Bandar Baru Uda berharap UMNO Bahagian Johor Bahru dapat ketepikan perbezaan politik dan berlapang dada untuk kembali duduk bersama mengukuhkan semangat kekeluargaan dalam parti.

“Agenda kita sekarang ini adalah untuk memperkasakan semula parti dalam Kerajaan Perpaduan dan percaya  kerjasama yang ada antara kerajaan pusat dan negeri, insya Allah tidak ada masalah untuk UMNO Johor Bahru bangkit semula.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Tan Sri Shahrir yang banyak beri tunjuk ajar, saya terhutang budi kepadanya dan akan berjumpa minta nasihat dan segala pandangan daripada beliau. Sebagai pemimpin bahagian, saya terbuka dan sedia menerima segala teguran,” ujarnya.

Ia membabitkan isu-isu perumahan dan pembangunan kawasan urban yang akan difokuskan, selain memperjuangkan hak anak muda untuk memiliki rumah.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Bila kalah BARU SEDAR diri ada tanggungjawab lain? Kau ni buat ZAHID HAMIDI bimbang je sebagai perintis jalan semangat akarumbi UMNO menyedarkan ZAHID HAMIDI bahawa TUNTUTAN AKARUMBI adalah TANGGUNGJAWAB yang LEBIH BESAR.
    Sayonara goodbye Zahid Hamidi

Comments are closed.