Home Dunia Lelaki buka pintu pesawat Asiana Airlines dicekup

Lelaki buka pintu pesawat Asiana Airlines dicekup

@malaysiagazette

Apabila pesawat berada sekitar 200 meter di atas tanah, seorang penumpang yang duduk berhampiran pintu keluar kecemasan “membuka pintu secara manual dengan menyentuh tuil. Video: Sosial Media #malaysiagazette #mgnews #kapalterbang #pesawat #pintukecemasan #pintukapalterbangdibuka #korea

♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound

SEOUL – Seorang lelaki yang membuka pintu kecemasan penerbangan Asiana Airlines ketika ia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Daegu Korea Selatan sudah ditahan.

Kesemua 194 penumpang terselamat dalam penerbangan itu namun beberapa penumpang pengsan manakala yang lain mengalami masalah pernafasan.

Lelaki berusia 30-an itu ditahan sebaik mendarat, kata agensi berita Yonhap.

Penerbangan OZ8124, sebuah jet Airbus A321-200, itu telah berlepas dari Pulau Jeju pada hari Jumaat kira-kira 11.45 pagi waktu tempatan.

Ketika penerbangan itu tinggal sejam untuk mendarat, seorang penumpang lelaki membuka pintu kecemasan ketika pesawat itu masih berada 250 meter di ruang udara.

Video seorang penumpang yang dikongsi di media sosial menunjukkan pintu pesawat sebelah kiri dibuka dan angin menyerbu barisan penumpang yang duduk.

Anak kapal tidak dapat menghalangnya kerana pesawat itu hampir mendarat, menurut saksi kepada media tempatan.

Mereka berkata, lelaki itu juga cuba melompat keluar dari pesawat selepas membuka pintu.

Keadaan ketika itu cukup panik kerana ada dalam kalangan penumpang pengsan seorang demi seorang.

Polis berkata, suspek setakat ini tidak memberi sebarang penjelasan berhubung tindakannya itu.

“Sukar untuk merakam keterangannya. Tetapi kami akan siasat kes ini dengan motif jenayah,” ujarnya. – Agensi