Yahaya Othman

KUANTAN – Seorang guru yang teperdaya bahawa beliau terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia berserta dan mempunyai waran tangkap kerugian sebanyak RM187,000.

Ketua Polis Pahang, Pesuruhjaya Polis, Datuk Yahaya Othman berkata, mangsa yang berumur 36 tahun menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman memaklumkan mengenai penglibatannya dengan sindiket tersebut pada 10 Mei lalu.

“Mangsa yang agak panik kemudiannya menuruti arahan suspek dengan memindahkan semua wang simpanan yang dimilikinya (RM57,000) ke satu akaun bank dan turut telah memberikan maklumat ID dan kata laluan urusniaga atasan talian kepada suspek berkenaan.

Menurut Yahaya, mangsa yang laporan polis dari Daerah Kuantan berkata, beliau juga telah membuat pinjaman peribadi sebanyak RM130,000 di bank tersebut bagi tujuan siasatan seperti mana yang diarahkan oleh suspek.

Semalam, seorang pesara kerajaan kerugian RM129,800 selepas diperdaya sindiket ‘phone scam’.

Dalam kes tersebut Yahaya berkata, mangsa seorang wanita berusia 61 telah menerima panggilan daripada suspek yang menyamar sebagai polis dari Bukit Aman.

Suspek telah memaklumkan mangsa terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia dan mempunyai waran tangkap.

Berikutan itu. Yahaya menasihatkan orang ramai agar tidak memberikan butiran peribadi seperti nombor akaun untuk tujuan siasatan secara sewenangn-wenangnya.

Tambah beliau, orang ramai juga dinasihatkan untuk membuat semakan atas nombor telefon dan akaun bank yang mencurigakan melalui Check Scammers CCID atau melalui laman sesawang https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi atas talian. – MalaysiaGazett

Pesara rugi lebih RM129,000 diperdaya ‘phone scam’