Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menempelak kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu menerima tawaran untuk bersama Kerajaan Perpaduan.

Jelas Ahmad Zahid, Pas hanya boleh terus bermimpi untuk menyertai kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jangan nak perasan (kononnya) ada orang tawarkan sertai kerajaan perpaduan,” katanya memetik Berita Harian Online, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata demikian mengulas kenyataan Abdul Hadi dimana berkata pihaknya ada dihubungi beberapa kali oleh ‘orang tertentu’ yang bertindak menawarkan kerjasama dengan kerajaan perpaduan.

Malah kata Ahmad Zahid, beliau tidak maklum dengan kenyataan Abdul Hadi dan menasihati parti itu agar terus bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan parti-parti lain dalam Perikatan Nasional (PN).

“Jangan perasan ada sesiapa nak tawarkan pada dia (Hadi),” katanya lagi.

Semalam Abdul Hadi mendakwa tawaran itu muncul kerana Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR menyedari kedudukannya tidak kukuh, apatah lagi jumlah kerusi Melayu parti berkenaan tidak sebanyak Pas. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. ZAHID ZAHID
    kenapa GOYANG.. awak tu menempel je.. dah tanya cikgu ke Wak? Wak Welanon ada berita berbayang selepas PRN 6 NEGERI. 1) ANWAR nak buang orang KANAN dia.. Wak dapat HIDU ke? 2) Kerana Wak Welanon dikhabarkan PH kehilangan 1½ NEGERI sediada. Wak tak terima laporan pengintip ke atau mereka sorokkan fakta seperti PRU 15?
    Wak Wak ok Sayonara
    goodbye Zahid Hamidi

Comments are closed.