Foto media sosial Syada Amzah

KUALA LUMPUR – Kemunculan penyanyi, Datuk ND Lala pada majlis pertunangan Shila Amzah, 33 dan pasangannya yang juga pempengaruh media sosial, Ubai MZ, 25, dalam satu majlis tertutup yang berlangsung kelmarin seolah-olah memberi bayangan keluarga tersebut tidak berdepan masalah.

Menerusi perkongsian foto di Instagram Story anak bongsunya, Syada Amzah, ND Lala berdiri di sebelah isterinya, Datin Fauziah Sarman dengan senyuman ceria bersama seisi keluarga.

Perkongsian foto itu mencuri perhatian netizen di media yang memberi komen positif dengan mendoakan pasangan suami isteri berkenaan bersatu kembali.

Sebelum ini, rumah tangga ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Amzah Salleh, 62, berdepan kontrovresi selepas didakwa sudah berkahwin dua dengan wanita dikenali Siti Munirah Abdul Ghani yang dikatakan kawan sekolah Shila.

Ia berikutan pada 1 April lalu, Fauziah memuat naik foto wanita terbabit di Instagram yang dipercayai sebagai ‘orang ketiga’ dalam kemelut hubungan rumah tangga yang dibina selama tiga dekad dengan suami tercinta.

Pada 3 April lalu pula, Fauziah juga hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di Bandar Baru Bangi yang ditemani adik perempuannya dikenali Effi difahamkan untuk memfailkan perceraian.

Pasangan ND Lala dan Fauziah berkahwin pada 1989.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan empat anak iaitu Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, Amir Syafiq, 30; Amir Shahir, 28 dan Syada, 25. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast