KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, semalam.
Dalam hantaran di Facebooknya malam tadi, Anwar berkata, beliau menjunjung kasih kepada Sultan Mizan atas perkenan baginda menerimanya menghadap tengahari semalam.
Presiden PKR itu juga turut berkongsi beberapa keping gambar semasa sesi berkenaan.
“Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah atas perkenan menerima patik menghadap hari ini.
“Dalam sesi mengadap tersebut, saya telah persembahkan perkembangan terkini pembangunan negara serta negeri Terengganu,” katanya.
Ini adalah kali kedua Ahli Parlimen Tambun itu menghadap Sultan Mizan selepas mengangkat sumpah jawatan pada 24 November tahun lepas.
Kali pertama adalah pada 12 Januari lepas di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.- MalaysiaGazette