KUALA LUMPUR – DAP perlu menjaga sempadan dalam politiknya yang ekstrem terhadap Islam dan parti yang bercirikan Islam yang dilabelkan sebagai gelombang hijau yang berbahaya.
Itu tegas Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, golongan yang berbahaya ialah golongan bukan Islam yang ekstrem menguasai ekonomi secara liberal, menekan dan memintas perjalanan ekonomi umat Islam dan bumiputera serta berusaha bagi menjatuhkan korporat Melayu yang berjaya sehinggalah peniaga kecil.
“Selain itu, mereka juga mewujudkan kartel-kartel dan penyumbang rasuah paling besar yang menyebabkan kemusnahan politik dan ekonomi serta penindasan terhadap rakyat tanpa mengira kaum.
“Kini, mereka bergerak ke arah politik menguasai pengundi dalam pilihan raya dengan pendekatan mendekati parti Melayu dan menyerupai Melayu bahkan menubuhkan parti berwajah Islam dengan bantuan dan sokongannya bagi memecahkan pengundi Melayu Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ruangan Minda Presiden Pas bertajuk Bukan Islam Tidak Selaat Kalau Melampau Terhadap Islam hari ini.
Menurut Abdul Hadi, sikap pihak yang melampau terhadap Islam dan penganutnya pasti menjadi sebab tumbang dirinya seperti juga kuasa besar pada zaman dahulu yang rebah tersungkur berada dalam lipatan sejarah.
“Kami ingin menasihati kaum bukan Islam di Malaysia supaya jangan bersama parti yang melampau kerana akan merosakkan kedudukan mereka sendiri,” katanya.- MalaysiaGazette
Sorang pemimpin yg cuma tahu mencari kesalahan orang lain..sedangkan dia sendiri banyak melakukan seperti mengata keburukan orang lain . diri sendiri penuh dengan kurap dan panau, sopak, kudis buta tapi tak sedar diri. dilantik duta khas makan gaji buta. memalukan gelaran ulamak dan serban yg berkilo.
Takkan lupa beri geran tanah kepada pendatang ekonomi sebab dah tinggal lama walaupun tanah rizab Melayu hampir tergadai macam Penang lebih-lebih lagi Singapore. Justeru, ambil ikhtibar manfaat ketika duta di Timur Tengah, terutamanya daripada negara-negara kecil bekas jajahan British macam Qatar, UAE, dan Kuwait takkan beri sebahagian tanah mereka kepada pendatang ekonomi walaupun tinggal lama sehingga ke cucu-cicit tolak mindset muka tebal lurus bendul politikus Pak Pandir ooii!