iklim
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan atas kemenangannya dalam pilihan raya Presiden Turkiye baru-baru ini.

Beliau menyatakan ucapan itu ketika menerima panggilan telefon daripada Erdogan semalam.

Anwar turut mengagumi ketabahan dan kesabaran Erdogan dalam menghadapi pelbagai cabaran untuk memenangi pilihan raya tersebut.

“Kami berdua bersetuju untuk mengeratkan hubungan dua hala Malaysia-Turkiye, serta bersedia untuk mengangkat kerjasama dalam pelbagai bidang ke tahap yang lebih baik dan lancar.

“Saya juga mengambil kesempatan untuk menjemput Erdogan berkunjung ke Malaysia dalam masa yang terdekat,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini. – MalaysiaGazette