Rafizi Ramli

PUTRAJAYA – Kemerosotan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) mempunyai banyak punca terutama isu persetujuan had siling hutang di negara berkenaan.

Jadi, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, tidak wajar untuk menuding jari terhadap kerajaan semata-mata kerana ekonomi negara akan kembali pulih selepas kemelut global itu berakhir.

“Ada perkara di luar kawalan kerajaan dan ada juga di bawah kawalan kita dalam menguruskan ekonomi. Maka sebab itu apabila anda lihat prestasi ringgit dari Disember hingga Januari, ia mengukuh kepada RM4.20 berbanding dolar AS kerana terdapat kestabilan politik dan ekonomi. Selebihnya, itu di luar kawalan kami,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pasca mesyuarat Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) di sini hari ini.

Sehubungan itu, Rafizi berpesan lebih baik rakyat menumpukan kepada perspektif jangka panjang ekonomi kerana ia sebenarnya penentu asas pertumbuhan negara.

Sementara itu, beliau turut menyifatkan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini adalah tepat.

Jelasnya, kadar OPR di negara ini jauh lebih rendah berbanding rakan serantaunya.

“Kita sebenarnya agak ketinggalan kerana apabila pandemik Covid-19 sudah beransur reda, kebanyakan negara lain sudah menormalkan kadar itu. Kita sebenarnya lambat tetapi ada banyak faktor dan mungkin juga sebab pilihan raya umum yang perlu kita hadapi,” ujarnya. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Kita tidak salahkan kerajaan tetapi salahkan Rafizi kerana masih sorokan (Formula ) yang dicanangkan untuk mengawal kelemahan ringgit semasa pemerintahan Najib dulu..

  2. Rafizi Ramli cipta FORMULA baru… bila dia jadi MENTERI segala kerosakan ekonomi dan inflasi adalah kerana sifat ALAMBANA dan bukan kerana barisan rejim kerajaan yang gagal…. hehehehe Rafizi Rafizi terserlah songsangnya amalan perbuatan dia…. NAK kesian kat Rafizi atau NAK KASIHAN RAKYAT yang ditipu?

Comments are closed.