Lahad Datu
Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – UMNO memberi peringatan kepada ahli Majlis Kerja Tertinggi, Datuk Mohd Puad Zarkashi agar tidak menyerang parti atau pemimpin lain dalam Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, nasihat itu diberikan kerana parti terikat dengan tanggungjawab kolektif memandangkan UMNO adalah sebahagian daripada komponen kerajaan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Puad yang mengkritik prestasi Rafizi Ramli sebagai Menteri Ekonomi dengan mempersoal rancangan pemulihan pertumbuhan negara.

“Hal ini adalah sesuatu yang perlu kita kawal. Tiada guna kita terus menyerang antara satu sama lain untuk memuaskan hati pihak tertentu.

“Apa yang penting sekarang ialah kita beri tumpuan untuk bantu majukan negara demi rakyat. Ini bukan persembahan one-man show, kita perlu hentikan blame game ini,” katanya pada sidang media sempena PAU 2023 di Menara Dato’ Onn, di sini, hari ini.

Semalam, Rafizi mengingatkan Puad bahawa mereka kini berada dalam satu gabungan dan sebarang kritikan berterusan mampu menjejaskan sokongan penyokong Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Negeri nanti.- MalaysiaGazette

5 Komen

  1. PM lantik si Mohd Puad Zarkashi jadi menteri baru mulut dia diam tu???..kalau layaklah???.. bikin malu kerajaan Perpaduan & kumpulan ja..

    • sepatutnya kau malu dengan rafizi yg tukang fitnah tukang hasut tu.. dulu bukan main mcm² formula dia ada dan macam² yang dikondem bila orang lain buat walau untuk kebaikan. sekarang mana perginya formula yang hebat sangat..formula kepala bapak dia.

  2. Malaysia pimpinan MADANON menghalang rakyat menegur kerajaan kerana TIADA FORMULA atau CADANG FIKIR memulihkan ekonomi. Pemimpin sekarang TIDAK CERDIK membentuk kejayaan untuk Negara dan Rakyat selain sembang Kari berkunyit.
    Sayonara goodbye Zahid Hamidi

    • Mmg patut pun Rafizi bebal tu dikritik…UMNO pun nak jadi bodoh mcm Rapiji kaa..ada ker masuk akal, nilai ringgit jatuh baik untuk negara? Bodoh punya penjilat ni

      • patut rafizi ni diludah beramai-ramai. manusia macam ni memang tak patut disimpan. bodohnya bertingkat-tingkat. asraf kalau rasa nak jilat sangat isi borang PKR, dalam umno pun x membantu apa²

Comments are closed.