WASHINGTON – Seorang remaja dari Florida telah memenangi Scripps National Spelling Bee 2023 di Amerika Syarikat.
Dev Shah, seorang pelajar berusia 14 tahun dari Largo, mengeja “psammophile” dengan betul untuk memenangi tropi kebangsaan ke-95 dan hadiah bernilai AS$50,000 .
Charlotte Walsh, juga 14, dari Arlington, Virginia, diumumkan sebagai naib juara selepas tersilap mengeja “daviely” dengan ejaan “daevilick”.
Psammophile ialah organisma yang hidup di kawasan berpasir.
Seramai 11 pelajar mara ke peringkat akhir selepas 11 juta orang menyertai pertandingan ejaan itu, menurut penganjur.
Dev Shah pernah menyertai pertandingan itu pada 2019 dan 2021, masing-masing berada di kedudukan ke-51 dan di tempat ke-76.
“Kaki saya masih menggigil,” kata Dev sambil memegang trofi di atas pentas, disertai oleh keluarganya.
Pertandingan itu telah diperkenalkan sejak tahun 1925. – Agensi