sekolah vernakular
Chong Sin Woon

KUALA LUMPUR Penamaan calon peringkat bahagian bagi Pemilihan MCA yang bermula pada 1 Jun 2023 telah selesai dengan sempurna di semua 188 Bahagian MCA, 131 Bahagian Pemuda MCA dan 167 Bahagian Wanita MCA seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Pemilihan MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, hari mengundi akan diadakan semasa Mesyuarat Agung Tahunan peringkat bahagian pada 10 dan 11 Jun

Menurutnya, ibu pejabat MCA juga melaporkan sebanyak 36 Bahagian MCA (19.1 peratus), sembilan  Bahagian Pemuda MCA (6.9 peratus) dan tujuh Bahagian Wanita MCA (4.2 peratus) telah menyerahkan lebih daripada satu nama calon, manakala calon di bahagian yang selebihnya telah menang tanpa bertanding.

Berikutan daripada keputusan ini, pemilihan peringkat bahagian bakal diadakan di kesemua negeri, kecuali di negeri Kelantan dan Terengganu, yang mana kesemua calon mereka telah menang tanpa bertanding.

Di semua negeri yang lain, pemilihan akan diadakan, iaitu Perak (3), Selangor (2), Pahang (3), Johor (8), Kedah (5), Negeri Sembilan (4), Pulau Pinang (2), Perlis (1), Sabah (1) dan Wilayah Persekutuan (3). – MalaysiaGazette