Sungai St. Lawrence, di Quebac.

OTTAWA – Empat kanak-kanak disahkan maut dan seorang lelaki hilang pada hari Sabtu ketika memancing di Quebec, Kanada.

Kanak-kanak itu adalah antara sekumpulan 11 orang yang memancing di tebing sungai berhampiran Portneuf-sur-Mer di Muara Sungai St. Lawrence apabila air pasang menghanyutkan mereka, menurut laporan media tempatan.

Laporan yang memetik polis wilayah Quebec sebagai berkata, kanak-kanak, kesemuanya di atas 10 tahun, didapati tidak bertindak balas dan dibawa ke pusat kesihatan tempatan, yang kemudian disahkan kematian mereka.

Enam berjaya diselamatkan dan polis sedang mencari seorang lelaki yang hilang.

Penyelam dan askar Angkatan Tentera Kanada dijangka membantu dalam pencarian, kata laporan itu.

Penyiasat polis dan pasukan forensik telah dikerahkan untuk mengetahui apa yang berlaku. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast