Dr. Asmadi Abdul Rahman menyantuni saudara baharu yang terdiri dari masyarakat Orang Asli dari Kampung Orang Asli Samut dan Simoi Lama, Lipis baru-baru ini

KUANTAN – Agenda dakwah dan tarbiah kepada saudara baharu di negeri ini merupakan aktiviti sepanjang tahun dilakukan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bagi menarik dan membuka hati golongan itu untuk mendalami Islam.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP Dr Asmad Abdul Rahman berkata, sehingga kini sebanyak 142 aktiviti dakwah dilaksanakan perlibatkan RM1.1 juta kerja dakwah di negeri ini.

Ujarnya, menerusi aktiviti dakwah yang dijalankan, jumlah pengislaman masyarakat orang asli bertambah dan dijangka meningkat dalam tempoh tujuh bulan lagi.

“Seramai 160 orang asli agama Islam dalam tempoh lima bulan tahun ini.

“Kita akan menjalankan pelbagai aktiviti dakwah bagi menarik orang asli untuk memeluk Islam dan menghayati agama,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, aktivit tersebut dilakukan bersama Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Asli (PePIMA), Penggerak Masyarakat Orang Asli, guru briged dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi bagi membantu saudara baharu Islam itu.

Mereka akan terus mendampingi saudara baharu itu termasuk membantu mendirikan surau sementara untuk mereka menjalankan aktiviti agama.

”Program pemantapan ibadah dan akidah akan dilakukan selepas pengislaman saudara baharu bagi mendedahkan mereka kepada kefahaman Islam dengan lebih jelas.

“Kita bersama PePIMA dan NGO lain akan memberikan kelas agama dua kali seminggu kepada mereka.

”MUIP membina surau di kawasan penempatan orang asli bagi membolehkan kelas agama dapat dilakukan secara berkala kepada mereka yang telah diislamkan dan usaha ini diselaraskan bersama NGO Daie Belantara,” tambahnya.

Dr. Asmadi berkata, seorang pembimbing dari PePIMA yang telah terlatih ditempatkan di perkampungan orang asli bagi membantu memperkukuhkan tahap penguasaan Islam kepada mereka. – MalaysiaGazette