Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi, di sini, hari menetapkan 20 Julai depan untuk menetapkan tarikh perbicaraan penuh bagi kes fitnah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terdapap Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada prosiding pengurusan kes, Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain memerintahkan semua pihak teribat memfailkan afidavit sebelum pengurusan kes itu dan penetapan tarikh perbicaraan.

Pada 27 Mac lalu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan merangkap Pengerusi DAP memfailkan saman fitnah terhadap bekas Muhyiddin, berhubung tuduhan mengaitkannya dengan pembatalan cukai kepada Yayasan Albukhary.

Dalam pernyataan tuntutan, Guan Eng mendakwa Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memfitnah dalam laman Facebook miliknya selepas dibebaskan daripada tahanan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 9 Mac.

Guan Eng mendakwa, kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud beliau selaku Menteri Kewangan ketika itu telah membatalkan pengecualian cukai yang diluluskan kepada yayasan berkenaan.

“Kenyataan itu sengaja dibuat bertujuan mencari publisiti murahan dan cuba mengalih perhatian awam kerana Muhyiddin mengetahui bahawa semua perhatian media dan akhbar ketika itu tertumpu kepadanya.

“Ini membawa maksud saya menyalahgunakan kedudukan dan kuasa mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengenakan cukai dan penalti ke atas yayasan kebajikan, walhal ia tidak patut dikenakan cukai.

Guan Eng pernah membuat laporan polis terhadap Muhyiddin berhubung tuduhan tersebut selepas mendapati bekas Perdana Menteri itu mengulangi fitnah terhadap beliau dalam satu kenyataan media dan sidang media pada 11 dan 12 Mac lepas. -MalaysiaGazette