Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi

KUALA LUMPUR – Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dilantik sebagai Ketua Audit Negara yang baharu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pelantikan Wan Suraya yang berkuatkuasa esok itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan perundingan dengan Majlis Raja-Raja.

Keputusan turut dibuat berdasarkan kepimpinan dan pengalaman luasnya sepanjang 29 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

“Dimaklumkan bahawa selaras dengan Perkara 105(1) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, memperkenankan pelantikan Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi sebagai Ketua Audit Negara berkuat kuasa mulai 13 Jun 2023,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jawatan terakhir Wan Suraya adalah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia, (IIM). – MalaysiaGazette