Zawawi Othman

KOTA BHARU – UMNO Kelantan menasihatkan bekas pemimpinnya, Tan Sri Annuar Musa agar tidak terlalu mengambil peduli soal pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Sebaliknya, tegas Ketua Penerangan UMNO Negeri, Datuk Zawawi Othman, bekas Ahli Parlimen Ketereh itu sepatutnya memikul tanggungjawab untuk Kerajaan Pas bagi menjelaskan kepada rakyat mengenai permasalahan air bersih yang berlanjutan hingga sekarang.

“Tak payahlah dia nak pedulikan sangat hal berlaku di pusat kerana Kerajaan Perpaduan sekarang sudah pun mencapai dua pertiga majoriti dan tahu untuk mentadbir negara.

“Dia sepatutnya fokus sahaja untuk mempertahankan Pas Kelantan yang banyak terpalit dengan isu rakyat dan integriti,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Zawawi, UMNO Kelantan tidak terkejut kalau Annuar rancak menyerang dan mereka cerita sensasi dalam siri ceramahnya untuk menarik perhatian Pas Kelantan.

Ujar beliau, jalan cerita seperti itu umpama skrip orang kecewa yang masih dahagakan kuasa dan jawatan sehingga sanggup menokok tambah penyedap cerita demi memburukkan UMNO yang telah 50 tahun berjasa kepadanya.

Beliau turut meminta bekas menteri itu menjawab bagi pihak Pas Kelantan, selain masalah air bersih ialah isu nepotisme lantikan anak beranak dalam jawatan kerajaan negeri serta isu kelemahan mentadbir dalam merancakkan ekonomi dan infrastruktur dalam negeri.

“Tak usahlah berlagak nak menjadi juara, ibarat pepatah Melayu, “Ayam gah berkokok, tetapi ekor berlumur tahi”. Propaganda sahaja lebih demi menutup kelemahan yang ada,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Dia masuk PAS. Strategi UMNO di Kelantan buahkan hssil. PAS simpan gunting dalam lipatan. Kerajaan PAS bakal tumbang

Comments are closed.