Mondy bersama Ebit Lew.

KUALA LUMPUR – Segelintir netizen kini mula mempersoalkan tindakan pendakwah, Ebit Lew membantu seorang wanita gelandangan warga Indonesia baru-baru ini.

Ini susulan  ibu tunggal bernama Mondy itu didakwa model dan pempengaruh TikToker yang mempunyai ramai pengikut.

Seorang pengguna Twitter, @sofearozaidi_ seolah-olah tidak memahami tujuan wanita berusia 22 tahun itu dibantu kerana banyak video yang dimuat naik di TikTok boleh mencecah ratusan ribu mahu pun jutaan tontonan.

Berdasarkan pemerhatian di akaun TikTok milik Mondy, tiada konten menggambarkan kesusahannya sebagai gelandangan tetapi lebih kepada video yang memaparkan kehidupannya sebagai wanita berimej punk yang dipenuhi tatu.

Malah, akaun @mondy_tatto berkenaan juga sudah meraih satu juta pengikut apatah lagi menjadi perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia sejak beberapa hari lalu.

Sebelum ini, tular hantaran dimuat naik Ebit yang menghulurkan bantuan kepada Mondy yang dipercayai seorang gelandangan ketika berada di Jakarta, Indonesia.

Bahkan, Ebit juga telah membantu wanita itu menyiapkan pasport bagi dia terbang ke Malaysia untuk memulakan kehidupan baharu selain menawarkan bantuan mencari pekerjaan lebih sesuai. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast