Ahmad Maslan hadir ke persidangan Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia (Pindaan) 2023 bacaan kali kedua ditangguhkan ke mesyuarat akan datang.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan yang sepatutnya membuat bacaan kali kedua di Dewan Rakyat terpaksa membuat penangguhkan selepas Ahli Parlimen yang berbahas mendesak supaya ia dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen terlebih dahulu.

Kesemua Ahli Parliman tidak bersetuju dengan menteri berkuasa penuh untuk melantik dan menggugurkan keanggotan dari Sabah dan Sarawak.

Ahmad yang tidak berpuashati berkata, beliau telah memanggil Ahli Parlimen Kerajaan untuk memberi taklimat mengenai pindaan itu pada Isnin lalu.

Bagaimanapun terdapat Ahli Parlimen tidak hadir dan tidak memahami pindaan berkenaan.

Tegasny,a terdapat beberapa akta yang memberikan kuasa kepada menteri untuk melantik dan memecat anggota dalam satu-satu badan.

“Sebelum kita membuat apa-apa keputusan, saya ingin menyatakan ketidakpuasah hati saya.

“KWSP Subseksyen 7(1) seseorang ahli pada bila-bila masa boleh meletakkan jawatan melalui notis dan menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan. Itu dalam Akta 452, bukan akta ini. Kemudian Akta KWAP 662 dalam jadual kedua ada juga peruntukan kuasa menteri untuk membatalkan pelantikan.

“Jadi adakah kita nak pinda semua sekali akta KWSP, KWAP, LADA dan banyak lagi, semua menteri perlu rujuk sebelum membuat keputusan?” katanya.

Beliau menegaskan, menteri yang dilantik telah mengangkat sumpah jawatan dan merupakan seorang yang bertanggungjawab.

Menteri, menurut beliau, sama sekali tidak menyalahgunakan kuasa dalam membuat keputusan ketika memilih anggota sesebuah badan.

“Walaupun demikian oleh kerana ramai yang minta perkara ini dibawa ke jawatankuasa khas saya ingin menyatakan kita tidak pernah berbuat begini, kita boleh pinda dalam jawatankuasa.

“Tapi oleh kerana ahli yang berhormat tidak hadir, tidak bincang. Tak nak hadir pergi ke mana maka saya ingin memaklum kita bawa ke jawatankuasa atas perkara yang disebut,” kata Ahmad.

Bagaimanapun beberapa Ahli Parlimen menempelek Ahmad dengan mendakwa Timbalan Menteri Kewangan itu sewenang-wenangnya mengubah tarih dan waktu taklimat berkenaan.

Dalam perbahasan yang berlangsung, Ahli Parlimen menggesa supaya pelantikan dan pengguguran anggota daripada Sabah dan Sarawak perlu masing-masing terlebih dahulu mendapat persetujuan Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak.

Mererka tidak bersetuju dengan Fasal 4 ‘bertujuan untuk meminda seksyen 9 Akta 533 bagi memperuntukkan bahawa pelantikan anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(da) atau (db) juga boleh, pada bila-bila masa, dibatalkan oleh menteri tanpa memberikan apa-apa sebab baginya’. – MalaysiaGazett