Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM500 juta kepada kerajaan negeri Kelantan bagi menyelesaikan masalah bekalan air bersih di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Beliau mengumumkan bantuan tersebut pada dialog Temu Anwar bersama anak muda di Kota Bharu, Kelantan hari ini. – #MG