KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin hari ini.
Bekas Menteri Kesihatan itu berkongsi foto pertemuan berkenaan di InstaStory beliau tanpa memberi sebarang keterangan.
Dalam foto tersebut kedua-dua mereka kelihatan tersenyum.
Sebelum ini media melaporkan, Khairy akan mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan Perikatan Nasional (PN) bagi membincangkan mengenai penyertaannya dalam gabungan politik tersebut.
Muhyiddin berkata, beliau sudah menetapkan tarikh iaitu dalam minggu hadapan untuk perjumpaan tersebut diadakan.
Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum ini dilaporkan menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) kepada Khairy.-MalaysiaGazette