Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan terdapat penurunan purata gred peperiksaan bagi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) untuk meningkatkan kadar kelulusan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, KPM mempunyai standard tertentu bagi pemarkahan peperiksaan berkenaan.

“Ini adalah spekulasi semata-mata. Tidak betul dakwaan itu kerana KPM mempunyai standard tertentu dalam pemarkahan dan kita sangat menjaga piawaian berkenaan.

“KPM juga harus berlaku adil dalam pemarkahan dan ia harus mengikut merit dan standard yang digunakan selama ini,” katanya selepas melancarkan Program Pemerkasaan Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, hari ini.

Beliau menyatakan demikian bagi mengulas dakwaan terdapat pihak cuba memaparkan sekolah terbaik serta pelajar cemerlang menerusi penuruna gred peperiksaan itu.

Sementara itu, Fadhlina juga menafikan kementeriannya akan mewajibkan lulus subjek lain, selain Bahasa Melayu dan Sejarah, dalam SPM.

“Impak ini juga kita boleh dilihat apabila SPM baru-baru ini Sejarah ada peningkatan yang sangat tinggi dan baik bagi mata pelajaran itu.

“Pelajar kita tiada masalah untuk kuasai subjek itu, cuma KPM akan lebih agresif dan perlu melaksanakan penguasaan bagi kedua-dua mata pelajaran ini,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast